Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Rahmat
Thursday, February 7, 2019
Sunday, February 3, 2019
LATAR BELAKANG KELAS PENDIDIKAN KHAS PEMBELAJARAN SMK RAHMAT
Program Pendidikan Khas SMK Rahmat telah mula ditubuhkan pada penghujung tahun 2004. Ianya mula beroperasi pada awal bulan Januari tahun 2005 dibawah pentadbiran Pn.Hjh. Julia Bte Hj.Mahmud sebagai pengetua. Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Rahmat pula ialah En. Mohamad Hisyam Bin Awaludin dan dibantu oleh seorang guru iaitu Pn. Siti Jalilah Bte Sharib.
Di awal penubuhannya, program ini mempunyai 7 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran seperti down syndrome, cerebral palsy, hyperaktif dan slow learner (lembam). 5 orang pelajar terdiri daripada pelajar lelaki manakala 2 lagi ialah pelajar perempuan.
Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Rahmat kini semakin maju dari semasa ke semasa berkat dengan sokongan guru-guru, ibu bapa, pihak pentadbir sekolah, PIBG sekolah, serta Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Semoga sokongan ini berterusan demi masa depan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Insyaallah……
Bilangan pelajar Program Pendidikan Khas semakin meningkat dari tahun ke tahun dengan bilangan sekolah penyalur sebanyak 4 buah sekolah. Sekolah- sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Jeram, Sekolah Kebangsaan Air Jernih, Sekolah Kebangsaan Othman Shawal dan Sekolah Kebangsaan Kuala Linggi.
Pada tahun 2016, jumlah pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat adalah seramai 43 orang di bawah pimpinan GPK Pendidikan Khas Encik Ismail Bin Ahmad. Untuk tahun berikutnya bilangan murid bertambah ke 49 orang, yang mana GPK nya masih lagi Encik Ismail Bin Ahmad. Beliau menamatkan tugas di SMK Rahmat sehingga bulan September 2017 dan digalas pula oleh Encik Ahmad Basek Bin Mohd Gunnos. Bilangan murid bagi tahun 2018, adalah seramai 44 orang yang melibatkan 25 murid lelaki dan 19 murid perempuan. Untuk tahun 2019 bilangan murid adalah seramai 42 orang murid.
Dulu dikenali sebagai PPKI yakni Program Pendidikan Khas Inklusif. Kini KPKP iaitu Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran
Subscribe to:
Posts (Atom)